UCAPAN PERASMIAN OLEH
YB DATO SRI DR. STEPHEN RUNDI ANAK UTOM
MENTERI PEMODENAN DAN PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN
WILAYAH SARAWAK
AGROINVEST adalah pendekatan strategik yang telah dilaksanakan oleh program Pengkomersialan Teknologi (CB2) sejak tahun 2016 sebagai salah satu aktiviti promosi dan pemasaran kepada syarikat yang berpotensi melalui pemadanan perniagaan dan pameran. Aktiviti AGROINVEST termasuk pembentangan teknologi (pitching) kepada syarikat untuk mencetuskan minat terhadap projek idea/produk inovasi, pameran produk teknologi / inovasi MARDI kepada pelanggan sasaran dan sesi pemadanan perniagaan (business matching) di mana syarikat boleh berbincang tentang potensi perniagaan serta mengajukan soalan mengenai daya maju teknologi / inovasi produk yang ditawarkan untuk teknologi yang diminati.
Made with Mobirise templates