TEKNOLOGI FORMULA PENCAHAYAAN LED UNTUK TANAMAN

Syarikat : Impressive Edge Sdn Bhd.

Teknologi ini telah dikomersialkan secara Licensing (Pelesenan) pada tahun 2019. Ianya adalah kombinasi spektrum yang optimum, jimat tenaga dan memberi kesan prestasi tanaman yang lebih baik. Diot LED biru dan merah yang digunakan adalah dari jenis berkuasa tinggi (High power diode - 1 watt). Kombinasi spektrum ini dapat menghasilkan kualiti cahaya untuk fotosintesis dengan kadar fotosintesis optimum. Jangkamasa dedahan cahaya kepada tanaman (light expose duration) hanya 8-12 jam sahaja berbanding 14-18 jam (LED komersil yang sediada di pasaran). Hanya 4-5 unit bagi seunit meter persegi diperlukan berbanding 6-8 unit LED per meter persegi kerana serakan cahaya yang berkesan (efective light fraction) boleh mencecah sehingga 110 darjah celcius. Hayat penggunaan boleh mencapai sehingga 35000 jam dengan 3 tahun jaminan bagi komponen elektrik yang mana kebanyakan pengeluar LED tanaman sediada hanya memberikan jaminan maksimum 1 tahun 

© Hakcipta 2021 MARDI                                                                                                                                 Kemaskini 01 MAY 2023

Mobirise free website software