TEKNOLOGI PENGHASILAN PANTAS ANAK POKOK NANAS MD2

Syarikat : National Rubber Smallholder Cooperative Berhad (NARSCO)

Teknologi ini telah dikomersialkan secara Licensing (Pelesenan) pada tahun 2020. Teknologi ini menggunakan teknik tunas daun mahkota dalam sistem ruang penyebaran penyiraman sendiri yang mampu menghasilkan 30-40 bahan penanaman dari satu ibu tunggal dengan kadar kejayaan 96% berbanding dengan teknik sedia ada yang hanya menghasilkan 3-4 bahan penanaman dengan peratusan kejayaan bergantung kepada perubahan iklim. Teknik ini juga diterapkan pada pelbagai jenis nanas dan memberikan hasil yang sama dan membuktikan teknik ini dapat menghasilkan jisim bahan penanaman tanpa mengira jenisnya. Teknologi ini dapat memendekkan tempoh pengeluaran dari 60-70 hari menjadi 30-40 hari di sistem dan di tapak semaian dari 8-9 bulan hingga 3-4 bulan.

© Hakcipta 2021 MARDI                                                                                                                                 Kemaskini 01 MAY 2023

Mobirise page software - Get more